Tuesday, February 22, 2011

SEJARAH PENUBUHAN DAN KEGIATAN MASJID MAHMUDIAH, BUKIT KETERI, CHUPING, PERLIS

UNIVERSITI  TEKNOLOGI   MARA
KAMPUS  ARAU, 02600 ARAU, PERLIS.
                                                             
                   
                                               
 TAJUK  : 
SEJARAH  PENUBUHAN  DAN  KEGIATAN  MASJID  MAHMUDIAH, 
BUKIT   KETERI, CHUPING, PERLIS.


DISEDIAKAN UNTUK  :  USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
                                            PENSYARAH CTU 151


DISEDIAKAN OLEH     :  NUR DIYANA BINTI MOHAMAD ALIAS

NO. MATRIK                :  2010682956

KUMPULAN                 :  ASD2En

PROGRAM                   :  DIPLOMA SAINS  (AS120)

TARIKH HANTAR        :  23  FEBRUARI  2011




ISI  KANDUNGAN

  1 .  Penghargaan
  2.   Abstrak
  3.   Pendahuluan
  4.   Konsep Masjid
  5.   Huraian - Sejarah Penubuhan Masjid Mahmudiah
  6.   Peranan Masjid Mahmudiah
  7.   Kegiatan di Masjid Mahmudiah
  8.  Masalah dan Penyelesaian di Masjid Mahmudiah
  9.  Penutup
10.  Rujukan



PENGHARGAAN

          Syukur ke hadrat  Allah di atas limpah kurnia-Nya dapat saya selesaikan amanah yang diberi.  Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Abd Aziz bin Harjin, pensyarah CTU 151,UiTM Arau, Perlis yang sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang berguna dalam menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada  Tuan Hj. Ahmad, Pengerusi  Masjid  Mahmudiah dan juga selaku ketua  imam masjid  ini  di atas  kesudian  beliau  ditemu ramah dan memberi palbagai info mengenai masjid ini.. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih diucapkan kepada kedua-dua ibu bapa saya, keluarga serta pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang menyempurnakan tugasan ini.


ABSTRAK

          Masjid ialah rumah Allah dan tempat umat Islam menunaikan ibadat kepada  Allah S.W.T.  seperti solat dan iktikaf. Terdapat pelbagai reka bentuk dan seni bina yang menjadi simbol identiti sesuatu bangsa atau kaum dalam mentamadunkan kawasan tersebut. Masjid Mahmudiah juga mempunyai reka bentuk dan seni bina yang tersendiri. Setiap ukiran masjid ini menunjukkan bahawa wujudnya kesenian ukiran masjid sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi. Sejarah penubuhan Masjid Mahmudiah juga dapat dikongsi bersama dalam menjadikan kita lebih menghargai masjid itu sendiri sebagai rumah Allah. Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan oleh ahli-ahli jawatankuasa kariah masjid bagi memupuk tali persaudaraan antara umat Islam di kawasan Bukit Keteri ini.


PENDAHULUAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

          Alhamdulillah..segala puji bagi Allah S.W.T., Tuhan sekalian alam.  Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W  dan keluarga  serta  sahabat-sahabat Baginda.   

          Tujuan esei ini ditulis adalah untuk memperkenalkan kepada penduduk-penduduk di Malaysia mengenai kewujudan salah satu masjid di sekitar Chuping, Perlis. Selain itu, saya juga ingin mengetahui sejarah penubuhan masjid ini dan mengenali ahli-ahli jawatankuasa di Masjid Mahmudiah di samping memenuhi penilaian untuk silibus CTU 151.

          Bidang dan skop esei yang saya ingin kongsikan merangkumi sejarah penubuhan masjid, kegiatan-kegiatan yang dijalankan di masjid, peranan serta masalah dan penyelesaiannya.

          Akhir sekali, saya berharap agar Masjid Mahmudiah ini dapat dikenali oleh masyarakat Islam khususnya pengunjung-pengunjung dari Padang Besar serta tempat-tempat yang lain.



KONSEP MASJID

          Dari sudut bahasa, masjid berasal daripada perkataan arab “masjid” atau “sajada” yang bermaksud sujud. Istilah ini digunakan sebagai nama bagi tempat kita melakukan solat kerana antara gerakan utama yang terdapat dalam solat ialah sujud. Oleh itu, sujud disebut sebagai ibadat yang melambangkan kepatuhan dan ketaatan sesorang Muslim kepada Allah. Mengikut terminologi agama pula, masjid adalah tempat khusus yang digunakan untuk solat berjemaah dan kegiatan keislaman  yang lain. Kini, masjid menjadi tempat kebudayaan, muamalat dan perkembangan dakwah Islamiah serta istitusi aktiviti umat Islam seluruh dunia.


HURAIAN

-SEJARAH PENUBUHAN MASJID MAHMUDIAH-

          Masjid Mahmudiah terletak di kawasan Bukit Keteri, Chuping, Perlis. Berhadapan dengan masjid ini ialah sebuah bukit Nama Mahmudiah diambil bersempena nama pengasas masjid ini iaitu Mahmud. Masjid ini mula dibina pada tahun 1964 dengan bantuan penduduk-penduduk kampung secara bergotong-royong dengan sumbangan oleh seorang hamba Allah yang bermurah hati. Imam masjid pada waktu itu merupakan Haji Yunus Bin Othman. Seterusnya, masjid ini telah diubah suai pada tahun 1968 agar dapat memberi keselesaan kepada para jemaah muslimin dan muslimat. Pada tahun 2002, masjid Mahmudiah dibina di tapak yang lebih lapang dan luas serta memerlukan belanja sejumlah 1.8 juta Ringgit Malaysia. Hal ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perlis. Masjid baru ini terletak di hadapan masjid lama dan mempunyai keluasan seluas 5 relung atau 2.5 ekar tanah. Jumlah muslimin dan muslimat  yang boleh ditampung di dalam masjid ini adalah di antara 1000 hingga 1300 jemaah.

-PERANAN MASJID MAHMUDIAH-

          Masjid Mahmudiah berperanan sebagai tempat mengumpulkan muslimin dan muslimat untuk menyambut seruan beribadat kepada Allah S.W.T. Ianya juga adalah wadah dalam meningkatkan kefahaman umat Islam tentang perpaduan, kepentingan pendidikan, keperluan keutuhan ekonomi umat Islam, tempat penyaluran dana infak, sedekah, zakat, bantuan dan wakaf serta seumpamanya di. Selain itu, pelbagai aktiviti pendidikan untuk memantapkan modal insan, pembangunan sosial dan menyemarakkan semangat keusahawanan. Pengumpulan dana infak dan wakaf adalah untuk membasmi kemiskinan di peringkat kampung. Pengimarahan masjid melibatkan banyak perkara seperti aktiviti kerohanian, keagamaan, pembangunan sahsiah, kecemerlangan akademik komuniti serta pembangunan dan kemajuan agama dan masyarakat Islam setempat.

-KEGIATAN DI MASJID MAHMUDIAH-
         Masjid Mahmudiah diimarahkan dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan pada setiap masa. Pada setiap malam selepas selesai solat maghrib, ceramah dan kuliah serta usrah turut dijalankan. Pada hari Jumaat malam Sabtu pula, aktiviti membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan fiqah disampaikan oleh Ustaz Abdullah bin Hashim. Pada hari Isnin malam Selasa diadakan kelas tajwid untuk semua peringkat umur. Kelas tajwid tersebut dibimbing oleh Ustaz Ahmad bin Bakar. Pada hari Selasa malam Rabu pula ialah kelas pemahaman al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Aziz bin Man. Seterusnya, pada hari Rabu malam Khamis diadakan ceramah berkaitan tafsir al-Quran. Ustaz Abdullah bin Mohd Ali menyampaikan ceramah tersebut kepada muslimin dan muslimat. Bacaan Yaasin dan tahlil serta perbincangan hal isu semasa pula diadakan pada setiap malam Jumaat dan malam Sabtu. Aktiviti ini dijalankan oleh Ustaz Abdullah bin Hashim dan Ustaz Zahid bin Ibrahim. Selain itu, perbincangan bagi kaum muslimat pula dipimpin oleh Ustazah Rodziah binti Mohd Ali pada setiap hari Sabtu dan Ahad.
          Pihak jawatankuasa Masjid Mahmudiah juga telah menjemput beberapa penceramah jemputan untuk memberikan ceramah dan berkongsi ilmu dengan para jemaah masjid. Biasanya,  penceramah jemputan ini dijemput pada setiap 2 atau 3 bulan sekali. Penceramah jemputan ini berkemungkinan dari dalam negeri Perlis ataupun dari luar negeri Perlis. Di samping itu, aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di Masjid Mahmudiah ialah aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan masjid dan kawasan tanah perkuburan yang  terletak di belakang masjid ini. Aktiviti tersebut dijalankan pada setiap 2 atau 3 bulan sekali oleh penduduk setempat. Pihak masjid juga mengadakan ceramah khas dan sambutan sempena hari-hari kebesaran Islam seperti Nisfu Syaaban, Maulidur Rasul, Nuzul al-Quran dan sebagainya. Pada 10 Muharam, sambutan awal Muharam atau hari Asyura juga disambut. Penduduk kampung akan berkumpul di masjid bersama-sama menyiapkan bubur asyura. Hal ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung.
           Juadah untuk berbuka puasa juga disediakan kepada para jemaah masjid yang hadir untuk berbuka puasa di masjid. Antara juadah berbuka puasa yang disediakan ialah kurma, kuih-muih, bubur lambuk dan minuman. Juadah tersebut disediakan oleh ahli-ahli jawatankuasa masjid yang terlibat. Seperti biasa, dalam bulan Ramadhan, solat sunat tarawikh dan solat sunat witir dilakukan secara berjemaah selepas solat fardhu Isya’. Di samping itu, solat sunat hari raya Aidilfitri dan solat sunat hari raya Aidiladha diadakan secara berjemaah di masjid pada 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Selepas selesai solat sunat Aidiladha, upacara korban akan dimulakan. Lembu dan kambing yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagikan-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
          Pada setiap tahun juga akan diadakan kursus pengurusan jenazah kepada penduduk kampung yang berminat. Oleh itu, ahli jawatankuasa masjid akan menjemput ustaz yang berkebolehan dalam bidang pengurusan jenazah untuk  memberikan ceramah seterusnya melakukan amali dan praktikal supaya peserta yang terlibat dalam kursus ini dapat memahami dengan lebih terang, jelas dan nyata hal-hal berkaitan dengan pengurusan jenazah ini. Kursus ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat tanpa dikenakan sebarang bayaran.

-PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA MASJID MAHMUDIAH-
          Masjid Mahmudiah mempunyai 7 orang pegawai masjid iaitu Imam 1, Imam 2, Bilal 1, Bilal 2, Siak 1, Siak 2 dan penjaga kawasan. Pegawai-pegawai masjid ini adalah tetap dan akan ditukar sekiranya mereka sendiri meletakkan jawatan. Ketujuh-tujuh orang pegawai masjid ini secara automatik akan menjadi ahli jawatankuasa tertinggi masjid. Perlantikan ahli jawatankuasa tertinggi masjid ini adalah pada setiap 2 tahun sekali. Imam berperanan mengetuai dan memimpin golongan para jemaah ketika melakukan ibadat solat atau amal kebajikan manakala bilal atau muazzin adalah gelaran yang diberikan kepada orang yang melaungkan azan. Siak ialah seseorang yang menjaga masjid.

Senarai pegawai Masjid Mahmudiah :
Imam 1 : Haji Ahmad bin Haji Mohd Yunus
Imam 2 : Haji Aziz bin Man
Bilal 1   : Haji Ali bin Man
Bilal 2   : Haji Zainon bin Omar
Siak 1 : Haji Mohd Ali bin Puteh
Siak 2 : En. Mat Akhir bin Mat Din
Penjaga kawasan : En.  Md Salleh bin Md Saman

Jawatankuasa Kariah Masjid Mahmudiah bagi Penggal 2011-2012 :
Pengerusi :
 Haji Ahmad bin Haji Mohd Yunus

Timbalan Pengerusi  (Biro Dakwah dan Kemasyarakatan) :
Haji Aziz bin Man

Setiausaha (Biro Informasi dan Teknologi) :
Haji Sazali bin Halim

Penolong Setiausaha :
En. Solleh bin Talib

Bendahari :
Haji Othman bin Akob

Ahli Jawatankuasa (Biro Pembangunan Masjid) :
Haji Zainon bin Omar

Ahli Jawatankuasa (Biro Ekonomi dan Kebajikan Masjid) :
En. Nor Halim bin Ismail

Ahli Jawatankuasa (Biro Pembangunan Wanita) :
Pn. Hajah Ashurah binti Mat Hashim

Ahli Jawatankuasa (Biro Pemuda Masjid) :
En. Mohd Rohaizan bin Mohd Fadzil

Ahli Jawatankuasa (Jawatankuasa Kemajuan Kampung) :
En. Saidon bin Dhaman

Ahli Jawatankuasa (Jawatankuasa Kemajuan Kampung) :
En. Sabri bin Bakar

Ahli Jawatankuasa :
Haji Ali bin Man

Ahli Jawatankuasa :
Haji Ali bin Puteh

Ahli Jawatankuasa :
En. Mad Salleh bin Md Saman

Ahli Jawatankuasa :
En. Mat Akhir bin Mat Din

10 orang Ahli Jawatankuasa ini dibahagikan kepada 6 biro yang terdiri daripada Biro Dakwah dan Kemasyarakatan, Biro Pembangunan Masjid, Biro Informasi dan Teknologi, Biro Ekonomi dan Kebajikan Masjid, Biro Pembangunan Wanita, dan Biro Pemuda Masjid. Setiap biro mempunyai peranan masing-masing.

Peranan Biro-Biro Jawatankuasa Kariah Masjid
1.     Biro Dakwah dan Kemasyarakatan
-     Mengadakan program kemasyarakatan seperti gotong-royong,
 membantu fakir miskin dan sebagainya.

-    Merancang dan melaksanakan aktiviti keilmuan dan dakwah.
Contohnya, kelas pengajian, ceramah, forum, diskusi dan sebagainya.

-    Merancang dan mengadakan kursus-kursus berbentuk ilmiah atau kemasyarakatan seperti kursus pengurusan jenazah, kursus menjahit dan sebagainya.

2.     Biro Ekonomi dan Kebajikan
-    Merancang aktiviti yang membantu menjana pendapatan masjid.

-   Memelihara serta peka kepada kebajikan anak kariah terutama dari segi kehidupan mereka.

-   Mengemaskini data-data anak kariah seperti maklumat anak-anak yatim dan sebagainya.

3.     Biro Informasi dan Teknologi
-     Mengawal selia dan mengemaskini papan kenyataan masjid.

-    Membantu meningkatkan penggunaan ICT di masjid.

-    Menjadi Pegawai Penerangan atau Pegawai Perhubungan Awam bagi pihak masjid.

-    Membantu Pengerusi atau Imam mengumumkan sesuatu arahan atau iklan atau maklumat kepada anak kariah.

4.     Biro Pembangunan Masjid
-     Merancang pembangunan prasarana masjid.

-     Menguruskan sebarang kerosakan masjid dengan pihak tertentu.

-    Mencari sumber kewangan bagi membaiki dan mengindahkan persekitaran luaran dan dalaman masjid.

5.     Biro Pembangunan Wanita
-    Merancang dan mangadakan pelbagai aktiviti khusus untuk kaum wanita.

-    Menjaga kebajikan kaum wanita dalam kalangan anak kariah.

6.     Biro Pemuda Masjid
-    merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti kelimuan khusus untuk remaja dan para belia.
-   Mewujudkan jalinan kerjasama yang baik antara belia dan jawatankuasa masjid.
-   Menjalinkan hubungan dengan NGO atau badan-badan belia di dalamnegeri Perlis.


-KEMUDAHAN DI MASJID-

          Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di Masjid Mahmudiah ini. Antaranya ialah al-Quran, rehal, sejadah, kitab=kitab agama, tempat mengambil wudhu’, tandas, tempat memandikan jenazah serta keranda, kerusi dan meja serta pinggan-mangkuk. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di masjid ini boleh dipinjam oleh mana-mana individu asalkan mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada ahli jawatankuasa kariah masjid. Sebagai contoh, penggunaan pinggan-mangkuk untuk tujuan majlis atau kenduri dibenarkan namun dikenakan sedikit bayaran.  Masjid Mahmudiah ini juga mempunysi kawasan meletak kenderaan yang sangat luas. Hal ini memberi keselesaan dan memudahkan para jemaah dan  pengunjung meletak kenderaan mereka.

-PENDAPATAN MASJID-
          Pendapatan bulanan masjid adalah lebih kurang RM1000 melalui tabung masjid atas sumbangan para jemaah. Duit tersebut digunakan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang ingin dijalankan berdasarkan bajet dan membaiki sebarang kerosakan pada kemudahan masjid. Selebihnya, disimpan di dalam akaun masjid.

-MASALAH DAN PENYELESAIAN DI MASJID MAHMUDIAH-
Terdapat beberapa masalah yang sering dihadapi oleh penduduk di kawasan Bukit Keteri ini. Antaranya ialah :

Masalah 1 :
Sistem bunyi atau pembesar suara yang menyebabkan seruan azan  kurang didengari oleh penduduk di kawasan ini. Hal ini menyukarkan para penduduk di kawasan berhampiran untuk menentukan masuknya waktu solat fardhu.
Penyelesaian masalah 1:
Bagi menyelesaikan masalah ini, ahli jawatankuasa kariah masjid hendaklah  memantau keadaan dan prasarana yang terdapat di masjid agar sentiasa dalam keadaan yang baik dan terurus. Alat-alat seperti pembesar suara, mikrofon dan sebagainya perlu diselenggara setiap 3 bulan sekali. Oleh itu, masalah seruan azan yang kurang jelas dapat dielakkan.

Masalah 2 :
Kekurangan dan kerosakan pada kemudahan-kemudahan yang disediakan di masjid seperti kerosakan pada rehal, al-Quran, buku-buku agama dan sebagainya. Buku-buku agama dan al-Quran yang sedia ada tidak mencukupi dan terdapat juga buku lama yang hampir koyak.
Penyelesaian masalah 2:
Penyelesaian bagi masalah ini ialah buku-buku agama boleh diperbanyakkan dengan cara menggalakkan penduduk-penduduk kawasan masjid ini menyumbang sedikit sebanyak bahan-bahan rujukan agama. Dengan itu, para jemaah dapat berkongsi dan  meningkatkan ilmu pengetahuan agama.

Masalah 3 :
Bagi saya, bilangan jemaah yang sedikit iaitu kurang daripada 30 orang adalah masalah yang paling kritikal. Hal ini dapat dilihat ketika bilangan jemaah pada waktu solat Jumaat yang dianggarkan seramai 200 orang merupakan perbezaan yang agak ketara.
Penyelesaian masalah 3 :
Bagi penyelesaian masalah ini, pihak masjid boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat menarik minat para remaja agar sentiasa menyertai program yang dijalankan di masjid. Selain itu, kelas-kelas mengaji, kelas-kelas fardhu ain, tazkirah, usrah dan sebagainya dapat dilakukan pada masa-masa terluang agar para remaja memanfaatkan masa sepenuhnya dan tidak menghabiskan masa mereka dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

-PENUTUP-
Kesimpulannya, masjid adalah rumah Allah, tempat suci, tempat umat Islam beribadat dan merupakan antara institusi pertama yang ditubuhkn dalam Islam. Masjid bukan sahaja bertindak sebagai tempat peribadatan khusus bahkan aktiviti kemasjidan adalah merupakan aktiviti Islam yang merangkumi segenap bidang agama, politik, sosial, pembangunan komuniti dan kemasyarakatan. Orang yang berniat iktikaf dalam masjid akan memperolehi ganjaran pahala daripada Allah S.W.T. Balasan pahala dan syurga juga diberi kepada mereka yang pergi ke masjid dengan niat beribadat.
Rasulullah S.A.W bersabda: Sesiapa yang pergi ke masjid pada waktu pagi dan petang, Allah akan sediakan baginya tempat dalam syurga setiap kali beliau berkunjung pada waktu pagi dan petang. (riwayat Bukhari)
 Dalam era globalisasi ini, masjid sebenarnya boleh diimarahkan dengan lebih berkesan. Malangnya, masjid selalunya kelihatan lengang ketika waktu bersolat kecuali di bulan Ramadan. Kebiasaannya yang mengimarahkan masjid itu terdiri daripada golongan veteran dan sudah berumur. Masjid juga kebiasaannya tidak melebihi dua saf kecuali ketika solat Jumaat.
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengiimarahkan masjid agar hidup lebih terjamin dunia dan akhirat. Waallahualam..

RUJUKAN
1.     Ahli Jawatankuasa Masjid Mahmudiah
2.     Penduduk  kawasan Masjid Mahmudiah




Di hadapan pintu masuk Masjid Mahmudiah
Tempat meletak kasut
                                          
          
                                                                                                                
Rak untuk buku-buku agama dan al-Quran
Bilik air wanita


                                                                                                                   

 
Tempat mengambil wudhu'